....

wanita sholihah

jam

Sabtu, 15 Oktober 2011

seriuslah menjaga sholat Subuh

Serius Menjaga Solat Subuh

oleh Zul Izzi pada 08 Oktober 2011 jam 10:22
Kita biasa mendengar orang berkata " Sesiapa yang tidur selepas Subuh tertutup pintu rezekinya." Mengapa Subuh dan apa rasionalnya pintu rezeki tertutup untuk mereka ?

Sebenarnya Rasulullah saw telah mengingatkan umat Islam dalam hadis baginda yang bermaksud " Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu ada keberkatan dan kejayaan." (Riwayat al-Tabrani dalam al-Awsat).
Rasulullah saw mahu umat Islam bangun awal untuk mencari rezeki kerana Allah menurunkan rezeki dan keberkatan pada waktu pagi. Maknanya, jika mereka bangun lambat keberkatan sudah tiada. Maka rezeki juga menjadi semakin kurang.

Punca Kemunduran Umat

Realiti yg dapat dilihat, orang bukan islam bangun awal dan ada yang bangun sebelum subuh. Istiqamah mmereka dalam mencari rezeki menyebabkan mereka berjaya melebihi oraang islam. Secara jelas, mereka yang berjaya hendaklah mendisiplinkan diri bangun awal sebelum subuh. Tetapi persoalannya, berapa ramai umat islam turut berdisiplin seperti di atas..? Walaupun banyak hadis Rasulullah saw yang mengajar kita ke arah itu, sudah banyak panduan dan disiplin yang disediakan untuk kita ikut, tetapi bagaimana dengan kehidupan umat islam kini ? Bolehkah mereka bangun awal pagi untuk solat subuh  berjemaah dan keluar bekerja awal pagi ?

Kalau kita ke masjid waktu subuh, jemaahnya hanya satu saf berbanding waktu maghrib dan isyak. ertinya masih ramai yang bangun lambat lalu melakukan solat subuh secara bersendirian di rumah. Malah ada juga yang tidak melaksanakan solat Subuh, lalu terus pergi kerja. Lain halnya yang menganggur, mereka akan terus tidur sampai matahari naik segalah.

Kalau begitulah keadaannya, apakah umat silam mampu menandingi kejayaan bangsa beragama lain? Inilah realiti orang islam pada hari ini, malah inilah jawapan kenapa umat Islam mundur dalam segala lapangan. Kalau ada pun yang berjaya, keberkatannya tiada. Rasulullah ketika melewati anaknya; Farimah r.ha., didapati beliau sedang berbaring di awal pagi, maka baginda bersabda yang bermaksud " Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau tergolong dalam kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia antara terbit fajar hingga terbit matahari." (Riwayat al-Baihaqi). Inilah panduan yang Rasulullah berikan agar bangun di awal pagi dan terus bekerja mencari rezeki. Di dunia ini, kita tidak boleh rasa senang hati tidur dan mengharapkan rezeki datang melayang.

Bangunlah Segera Wahai Umat Islam !!

Umat Islam diperintahkan agar bangun awal sebelum terbit fajar lagi dan disarankan melaksanakan solat tahajjud dan witir sebelum masuk waktu subuh. Sebaik masuk waktu subuh mereka diminta pula melakukan solat sunat fajar. Walaupun solat ini termasuk dalam kategori sunat, percayalah !! Solat itu yang menjadikan Solat Subuh senjata yang digeruni musuh.

Bayangkan kalau semua umat Islam boleh melakukan solat Subuh sama seperti solat Jumaat, dan solat itu dilaksanakan setiap pagi, tidakkah keadaan itu boleh menjadi senjata kekuatan umat Islam.  Kalau setakat seminggu sekali umat Islam berkumpul, apakah ertinya kepada Islam? Hal ini kerana solat jumaat hanya berjaya menonjolkan syiar Islam tetapi belum betul-betul menggerunkan musuh.

Mungkin sebahagian kita pernah mendengar kenyataan tokoh yahudi mengenai sikap umat Islam.Di sini dipaparkan sebahagian yang ditulis "Pernah seorang yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu hal iaitu apabila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat".
Kebanyakan kita tdak sedar, betapa sudah banyak peluru kita hilang entah ke mana. Oleh sebab itu musuh kita; Yahudi sudah tidak takut dengan kita. Malah mereka kini boleh menghancurkan kita kalau mereka mahu. Dari segi agama, mereka telah berjaya merosakkan aqidah umat Islam. Pada masa yang sama mereka berjaya melalaikan kita agar tidak berminat untuk melaksanakan solat Subuh berjemaah.

Menyedari keadaan itu, umat Islam perlu kembali menghayati ajaran Islam dengan memenuhkan masjid pada waktu Solat Subuh. Mungkin untuk memulakannya agak sukar kerana sudah terbiasa bangun lambat. Inilah cabaran yang wajib disambut oleh umat Islam.

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja dengan berkata:' kami telah beriman?' Sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya kami telah menguji orang sebelum mereka, maka sesungguhnya, Dia mengetahui orang yang dusta." (Surah al-'Ankabut 29:2-3).

Munafik Musuh Dalam Selimut

Perlu dijelaskan di sini, golongan yg banyak menggagalkan kemajuan Islam dan kecemerlangan umatnya ialah golongan munafik. Mereka ini bukan sahaja tidak serius melaksanakan perintah Allah, malah cuba menghasut orang Islam yang lain agar bersikap sepertinya.

Rasulullah menjelaskan sifat org munafik dalam hadisnya yang bermaksud: "Sesungguhnya solat yg paling berat bagi orang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yg terkandung dalam dua solat itu, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya walaupun dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh melaksanakan solat , lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan orang lain untuk solat bersama dengan orang ramai. Kemudian beberapa org lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang terikat, dan segera mendatangi suatu kaum yang tidak menghadiri solat berjamaah, sehingga aku bakar rumah mereka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya dua solat iaitu Isyak dan Subuh ialah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya apabila mereka mengetahui apa yg ada dalam solat Subuh dan Isyak, nescaya mereka akan mendatanganinya sekalipun dengan merangkak." (Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i).

Sebenarnya ganjaran pahala untuk solat subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud: " Sesiapa yg menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah swt. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah swt dengan sesuatu (selain dr solat), yg pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi takut kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Riwayat Muslim).

Apabila golongan munafik telah memenuhi sesuatu kariah atau negeri, maka masjid tidak akan dipenuhi oleh umat Islam lagi, lebih-lebih lagi pada waktu Subuh. Apabila keadaan ini terjadi, musuh Islam akan memandang umat Islam golongan yang lemah. Dengan itu mereka boleh mempermainkan malah memperbodohkan umat Islam.

Atas kesedaran ini, selamatkan diri kita daripada sifat Munafik. Untuk itu, umat islam perlu memenuhkan masjid pada waktu Subuh seperti solat Jumaat. Ini sahaja yg boleh mengembalikan kekuatan Islam termasuk dalam soal ekonomi.

Sesungguhnya kejayaan yang dimaksudkan itu sangat bergantung kepada diri kita sendiri, bukan orang lain. Kalau kita boleh mendisiplinkan diri dalam perkara di atas, maka umat Islam mampu menguasai ekonomi dunia.

*Artikel karangan Ustaz Ahmad Baei Jaafar dipetik dari Majalah SOLUSI isu No 36)
Bangunlah Segera Wahai Umat Islam 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar